Laman Utama > Khazanah Ilmu > Antologi Cerpen Benih
  

Antologi Cerpen Benih

benih.png
Benih merupakan koleksi cerpen karya guru peserta program penyerapan bagi Guru Kanan ke Pekanbaru, Indonesia pada bulan Mei-Jun 2016. Koleksi cerpen ini memaparkan pelbagai tema bagi menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid khususnya di peringkat Darjah 5 dan 6. Benih mengandungi 7 cerpen.


Selain itu, Benih juga mengandungi sebuah buku panduan berjudul Idea. Idea mengandungi beberapa saranan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu menggunakan 7 cerpen yang terkandung dalam koleksi ini.


Ralat:

Terdapat beberapa kesilapan cetakan dalam Antologi Cerpen Benih. Berikut perinciannya:

1. Cerpen ‘Insaf’ – halaman 6, ejaan ‘biadap’ dibetulkan menjadi ‘biadab’.
2. Cerpen ‘Pengganti’ – halaman 5, ejaan ‘ana-anak’ dibetulkan menjadi ‘anak-anak’.
3. Cerpen ‘Untuk Myra’ – halaman 8, ejaan ‘ngadu Myra…’ dibetulkan menjadi ‘Myra mengadu…’.

Ralat atau kesilapan dalam cetakan ini telah pun dibetulkan dalam versi PDF yang terdapat dalam laman ini.