Laman Utama > Khazanah Ilmu > App Terbitan MLCS > Legenda Singapura
  

Legenda Singapura

  Legenda Singapura- screenshot thumbnail    

App Legenda Singapura mengandungi enam buah kisah yang terkenal di Singapura. App Legenda Singapura dihasilkan untuk pengguna bahasa Melayu,  khususnya bagi murid Darjah 3 dan Darjah 4. Guru dan murid boleh menggunakannya di sekolah.   App ini juga boleh dibaca bersama di rumah oleh ibu bapa dan anak-anak bagi memperkaya kosa kata mereka.

Setiap kisah dalam App ini mempunyai beberapa bahagian:

1. Bahagian Bacaan – Terdapat tiga format: Dengar Cerita, Bacaan Saya dan Bacakan Saya. Dalam bahagian ini murid juga dapat membaca dan merakamkan bacaan mereka.
2. Bahagian Kefahaman - Terdapat lima soalan kefahaman berdasarkan cerita yang telah dibaca, empat soalan berbilang pilihan dan satu soalan terbuka bagi perbincangan lanjut.
3. Bahagian Pantun – Terdapat tiga rangkap pantun yang berkaitan dengan cerita yang telah dibaca.
4. Bahagian Permainan – Berdasarkan kisah yang telah dibaca, sepuluh patah perkataan telah dipilih untuk murid berlatih mengeja. Bahagian ini telah dibina dalam bentuk permainan agar pembelajaran murid menjadi lebih seronok dan mencabar.
5. Bahagian Peribahasa – Dalam setiap kisah, terterap dapat tiga peribahasa.  Peribahasa itu dipilih daripada  senarai peribahasa yang murid pelajari dan terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu bagi sekolah rendah. 

Guru dapat mempelbagaikan penggunaan bahan ini mengikut profil dan keperluan murid masing-masing. App ini juga dapat digunakan sebagai bahan pengayaan, pengukuhan dan juga pemulihan bagi menyokong pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan di bilik darjah.
Semoga anda seronok menggunakan App Legenda Singapura!

Boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Itunes App Store.