Laman Utama > Khazanah Ilmu > App Terbitan MLCS > Pintar Peribahasa
  

Pintar Peribahasa

   Pintar Peribahasa- screenshot     Pintar Peribahasa- screenshot     Pintar Peribahasa- screenshot

Pengumuman:
App Pintar Peribahasa telah dikemas kini 
. Sila padam versi lama App Pintar Peribahasa dalam peranti Cikgu dan muat turun App Pintar  Peribahasa yang  terkini di Apple Apps Store. 

App Pintar Peribahasa ini dihasilkan oleh Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS). App ini dibina bagi menggalakkan pembelajaran peribahasa dalam kalangan murid sekolah rendah dengan menuil teknologi komunikasi dan informasi. Diharapkan, pembelajaran peribahasa bagi peringkat sekolah rendah menjadi lebih seronok dan relevan dengan keperluan pembelajaran murid masa kini.

MLCS ialah pusat latihan bagi guru-guru bahasa Melayu di Singapura. MLCS menawarkan pelbagai kursus dalam perkhidmatan termasuklah kursus mengenai pengetahuan kandungan kurikulum, pedagogi, penilaian dan teknologi komunikasi dan informasi bagi membangun profesionalisme guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di Singapura. Selain itu, MLCS juga membina bahan-bahan pengajaran yang dapat menyokong keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah. MLCS turut menjalankan kajian di bilik darjah.

Boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play Store dan Itunes App Store.