Laman Utama > Khazanah Ilmu > Pantun SG50
  

Pantun SG50

Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) telah menganjurkan Pantun SG50 pada bulan April 2015. Peraduan ini dibuka kepada murid-murid sekolah rendah bagi peringkat Darjah 5 dan 6. Hadiah bagi para pemenang peraduan ini telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Singapura, Encik Heng Swee Keat sempena perasmian Seminar Bahasa Melayu pada 04 jun 2015. MLCS telah menerbitkan sebuah buku 'Pantun Anak Singapura: Generasi Abad ke-21' yang mengandungi koleksi pantun terbaik karya para murid yang menyertai Peraduan Menulis Pantun SG50. Pantun karya murid ini telah di susun mengikut tema berikut:

      • Singapura Tanah Airku
      • Keluargaku, Rakanku, Wargaku
      • Generasi Perintis, Wiraku
      • Melayu, Watanku

Selamat Membaca.