Laman Utama > Khazanah Ilmu > Pusat Sumber > Ringkasan Buku
  

Ringkasan Buku

Januari 2018 - Ringkasan Buku

BUKU  1
buku1.jpg
Tajuk:  SINONIM  DAN  KELINGKRARAN  MAKNA  DALAM  KAMUS
 
ISBN:  9789834907617
Cetakan :  Pertama, 2016
Terbitan:  Dewan Bahasa dan Pusaka
Editor: Salinah Ja’afar, Doreen Foo Hui Chin
No. Pengkelasan:  499.23 SAL
Kategori bahan: Bahasa
                                               
 Abstrak:
Sinonim merupakan salah satu persoalan bahasa yang menarik dalam semua bahasa, termasuklah bahasa Melayu. Bahasa Melayu yang kaya dengan khazanah kosa kata menyediakan banyak perkataan bersinomin bagi membolehkan pengguna mempunyai pilihan kata yang lebih banyakserta bersesuaian dengan konteks penggunaan. Namun demikian, pengguna kamus sering menghadapi masalah ketika ingin mencari makna bagi perkataan yang bersinonim.  Makna yang diberikan dalam kamus didapati saling merujuk antara satu sama lain sehingga menyebabkan pengguna tidak berjaya mendapatkan maksud sebenar perkataan tersebut.
Buku ‘Sinonim dan Kelingkaran Makna dalam Kamus’ ini dihasilkan dengan tujuan untuk mendokumentasikan dan memaparkan beberapa kaedah pemaknaan sinonim dalam dunia perkamusan Melayu.  Kajian terhadap makna yang terkandung dalam kamus bukanlah satu perkara yang baharu dalam kajian bahasa. .Terdapat pelbagai kajian ilmiah yang telah dihasilkan, namun penyelidikan tentang kaedah pemaknaan sinonim ini masih belum menyerlah dalam leksikografi Melayu. 
Buku ini amat sesuai dijadikan sebagai rujukan kepada pensyarah, pelajar, pengkaji bahasa dan pembaca umum yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kaedah pemaknaan sinonim dalam kamus. 


BUKU 2
buku2.jpg
Tajuk:  RAJUT  AGAMA  DAN  BUDAYA
 
ISBN:  9789670521640
Cetakan :  Pertama, 2016
Terbitan:  Universiti Malaysia Sabah
Penulis:  Saidatul Nornis Hj. Mahali / Asmiaty Amat
No. Pengkelasan:  201.7 SAI
Kategori bahan: Budaya

Abstrak:
Luasnya dimensi budaya menyebabkan ia perlu dilihat dengan pelbagai cara.  Salah satu pilihannya adalah dengan mengaitkannya dengan agama.  Tafsiran yang pelbagai juga boleh lahir kesan daripada hubung kait antara agama dan budaya.  Justeru, buku ini menampilkan sepuluh buah makalah yang memerihalkan aspek agama dan budaya dalam tema terbuka.  Kesemua makalah merupakan hasil perbincangan dalam Persidangan Agama dan Masyarakat pada tahun 2012 anjuran Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS).  Sesungguhnya, agama dan budaya bersifat saling mengisi.  Agama juga berkembang dalam pelbagai budaya dan peradaban dunia maka, pasti akan berlaku penyesuaian untuk memastikan kedua-duanya tidak saling bertentangan. 












BUKU 3
buku3.jpg
Tajuk:  FILEM  MELAYU - CITRA   BUDAYA   DAN  RAKAMAN   SEJARAH
ISBN:  9789670474700
Cetakan :  Kedua, 2015
Terbitan:  Universiti Utara Malaysia
Editor:  Jins Shamsudin, Dato’
No. Pengkelasan:  791.43 JIN
Kategori bahan: Budaya

Abstrak:
Dunia perfileman Melayu telah bermula pada tahun 1933 di Singapura dengan penayangan filem Laila Majnun.  Sejak itu, filem Melayu mula mengambil alih peranan bangsawan sebagai medium budaya popular yang utama dalam kalangan masyarakat Melayu bandaran. 
                                                                                                                                                     Setelah terjejas akibat Perang Dunia Kedua, perusahaan filem Melayu berkembang dengan pesat pada dekad 1940-an hinggalah dekad 1960-an.  Pada waktu tersebut, filem Melayu yang berpangkalan di Singapura didominasi oleh dua buah syarikat—Shaw Brothers dan Cathay-Keris Films—yang menerbitkan dan menayangkan filem untuk seluruh Tanah Melayu, selatan Thailand dan sesetengah tempat di Indonesia.
Buku ini memuatkan analisis cerminan budaya, sosial dan sejarah yang terpancar daripada filem Melayu.  Ditulis oleh seorang tokoh penting dalam sejarah perfileman negara, buku ini memberikan tumpuan terhadap zaman kegemilangan industri filem tempatan, iaitu antara tahun 1930-an hingga 1960-an.  Penulis berusaha untuk mengenal pasti sejauh mana filem Melayu memaparkan budaya dan sejarah negara.  Di samping memuatkan pelbagai persoalan budaya dan sejarah, aspek bahasa juga merupakan elemen ketara yang termuat dalam filem-filem tersebut.  Persoalan budaya yang dibicarakan meliputi aspek sosiobudaya, sosiopolitik dan sosioekonomi.







BUKU 4
buku4.jpg
Tajuk: TAKMILAH,  SEMIOTIK,  INTERTEKSTUALITI DALAM   KARYA   SASTERA   MELAYU 
ISBN:  9789673446476
Cetakan :  Pertama, 2016
Terbitan:  Universiti Putra Malaysia
Penulis:  Kamariah Kamarudin, Tengku Intan Marlina Tengku Mohamad Ali, Mawar Safei
No. Pengkelasan:  899.23 KAM
Kategori bahan: Sastera

Abstrak : 
Upaya menerbitkan buku Takmilah, Semiotik, Intertekstualiti dalam Karya Sastera Melayu  dilihat sebagai satu jurus membaca semula teks sastera Melayu menerusi tiga jalan yang ditumpukan iaitu Takmilah, Semiotik dan Intertekstualiti.  Ia ternyata menawarkan kejelasan jurus masing-masing apabila beberapa contoh turut dibawa masuk dalam kajian.  Tindakan ini diharapkan dapat menyangga pembaca tegar dalm genre kritikan kesusasteraan Melayu untuk lebih memahami konsep atau dasar sesebuah pendekatan yang digunakan. Misalnya mahasiswa dalam bidang kesusasteraan khususnya kritikan, dapat melihat bagaimana contoh penggunaan konsep, prinsip atau kaedah dalam sesebuah karya yang ditelaah. 
Semoga buku ini menawarkan manfaat kepada semua khalayak pembaca untuk dihadam dengan lebih rencam,, dan menguak jendela kefahaman dengan lebih akrab.                          












BUKU 5 
buku5.jpg
Tajuk:  KONSEP  PENSEJARAHAN  MELAYU – PERSPEKTIF  KOSMOLOGI
ISBN:  9789675457630
Cetakan :  Pertama, 2011
Terbitan:  Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia 
Penulis:  Hussain Othman
No. Pengkelasan:  959.51 HUS
Kategori bahan: Sastera

Abstrak:
Orang Melayu dikatakan tidak melihat sejarah secara saintifik dan objektif.  Ketepatan tarikh dalam menggambarkan fakta sejarah tidak diambil perhatian.  Kronologi masa dibelakangkan demi untuk memenuhi kehendak penceritaan kisah sejarah sebagai hiburan bagi melupakan kesusahan hidup seharian.  Unsur anakronisme tersebar di sana sini di dalam teks sehinggakan menimbulkan kekeliruan dalam mengenalpasti fakta sejarah yang sebenar.  Akhirnya penulisan sejarah bangsa Melayu diletakkan setaraf dengan penulisan cerita-cerita rakyat dalam kebanyakan masyarakat purba dan tradisional dunia seperti Jack and the Beanstalk dan Cinderella.
Inilah antara tuduhan liar yang sering dilemparkan oleh para pengkaji dan sarjana penjajah Barat.  Buku ini ditulis bagi menjawab tuduhan-tuduhan tidak berasas yang telah lama berakar umbi dalam pemikiran pengkaji dan pembaca teks-teks klasik sejarah orang Melayu. Perbincangan pada bahagian awal buku ini menyentuh beberapa perkara penting berkaitan perspektif pengkaji dan sarjana penjajah Barat terhadap khazanah penulisan sejarah orang Melayu.
Rumusan daripada perbincangan ini kemudiaannya membawa pembaca untuk melihat secara mendalam dan teliti terhadap pemikiran sejarah orang Melayu daripada perspektif yang sebenarnya.  Beberapa hakikat disingkap untuk memberikan perspektif baharu dan tepat berkaitan konsep pensejarahan orang Melayu.  Terpulanglah kepada para pembaca untuk membuat penilaian akan kebenaran hakikat ini.



BUKU 6
buku6.jpg
Tajuk:   PERJUANGAN  PENDIDIKAN: DARI  KESEPADUAN  KE  ISLAMISASI
ISBN:  9789838619233
Cetakan :  Pertama, 2015
Terbitan:  Universiti Malaysia Kelantan 
Penulis:  Dr.Noor Hisham Md Nawi
No. Pengkelasan:  378.12 NOO
Kategori bahan: UMUM

Abstrak:
Buku ini mengupas secara kritis dua idea besar iaitu ‘konsep pendidikan bersepadu’ dan gagasan Islamisasi ilmu moden’ yang menjadi sandaran harapan ummah untuk menyelesaikan krisis pendidikan umat islam.  Kedua-dua idea besar tersebut dilihat secara berkesinambungan sebagai sinergi penyelesaian untuk mencapai matlamat sebenar pendidikan islam.  Penulisan bermula dengan menyorot semula latar belakang permasalahan umat islam khususnya kesan faham sekularisme dan dualism kepada sistem pendidikan.  Perbincangan dilanjutkan dengan menekuni semula asal usul dan pengertian konsep pendidikan bersepadu dan gagasan islamisasi ilmu serta kepelbagaian aliran pemikiran mengenainya.  Kemudian, perjalanan kedua-duanya ditinjau secara kritis dengan memfokuskan kepada aspek permasalahan, cabaran dan halangan yang ditempuhi. Penulis juga turut memuatkan pelbagai contoh pelaksanaan kedua-dua idea besar tersebut untuk memudahkan pembaca memahami dan mengambil manfaat secara langsung daripadanya. Akhirnya penulisan ini ditutup dengan rumusan dan kesimpulan serta cadangan strategi penyelesaian dan agenda bertindak.  Sesungguhnya perjalanan kedua-dua idea besar ini masih jauh dan panjang.  Pengisiannya adalah satu perjuangan yang mulia dan perlu didokong oleh semua pihak.







Januari 2018 - Ringkasan Buku

BUKU  1