Laman Utama > Pengenalan
  

Pengenalan

Pusat Bahasa Melayu Singapura kini beroperasi di pejabat sementara yang beralamat di No.13, Bishan Street 14 sementara menantikan bangunan baru didirikan

Pusat bagi latihan guru-guru Bahasa Melayu ini menyediakan pelbagai kursus yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seseorang guru. Kursus-kursus seperti strategi pengajaran, budaya Melayu, kursus bahasa, teknik-teknik penilaian dalam pengajaran dan juga kursus ICT

Program pementoran juga disediakan bagi guru-guru yang berpotensi menjadi Guru Kanan atau Guku Pakar untuk membimbing guru-guru lain

Pusat Bahasa juga akan membimbing guru-guru dalam menjalankan kajian tindakan dan membina bahan pengajaran bersama-sama seperti pengajaran yang berasaskan ICT ataupun Kurikulum Berasaskan· Sekolah yang dapat memenuhi keperluan para pelajar di sekolah.

Pusat Bahasa juga berperanan sebagai pusat sumber yang akan menyimpan bahan bercetak, bahan budaya dan bahan-bahan IT bagi tujuan pengajaran Bahasa Melayu.

Bagi memperkaya pengetahuan guru-guru Melayu, dua buah program telah disediakan untuk guru-guru Bahasa Melayu. Ceramah Arif Budiman menampilkan pakar-pakar bahasa dan budaya diadakan dua kali setahun manakala Seminar Bahasa diadakan untuk memberi guru-guru peluang untuk berkongsi dapatan, kajian dan perkaedahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.