Laman Utama > Pengenalan > Pegawai Kami
  

Pegawai Kami

Dr Fadilah Isnin

DrFadilah_2.jpg
Dr Fadilah Isnin mendapat ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu pada tahun 2002 daripada Universiti Malaya. Pada tahun 2004 beliau memperoleh Sarjana Pengajian Melayu dikuti dengan ijazah Dr. Falsafah pada tahun 2011 daripada universiti yang sama. Dr Fadilah mempunyai pengalaman mengajar di sekolah rendah dan menengah. Beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Perancang Kurikulum di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum selama 5 tahun dan sebagai Ketua Jabatan Bahasa-bahasa Asia sebelum dilantik sebagai Guru Pakar pada tahun 2010. Pada tahun 2014 beliau dilantik sebagai Pengetua Guru Pakar.  

Dr Fadilah mempunyai pengalaman dalam pembinaan kurikulum, dan buku teks sekolah rendah dan menengah. Dr Fadilah juga berpengalaman menerajui latihan untuk guru Bahasa Melayu semasa bertugas di Kementerian Pendidikan. Beliau berminat dalam perkembangan literasi awal murid dan telah mengusahakan beberapa kajian berkaitan dengannya, termasuklah membina senarai kosa kata dan membantu sekolah membina program intervensi literasi asas bagi membantu murid yang mempunyai masalah membaca.

E-mel: fadilah_isnin@schools.gov.sg 

Tel: 6354 6951

Encik Rahmat Subadah


Rahmat_2.jpg
Cikgu Rahmat Subadah meraih ijazah Sarjana Muda pada tahun 1987 daripada Universiti Nasional Singapura. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru setelah memperoleh Diploma Possiswazah daripada Institut Pendidikan Nasional Singapura, Universiti Teknologi Nanyang pada tahun 1997. Beliau meraih Sarjana Pendidikan pada tahun 2006. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Perancang Kurikulum di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum selama 5 tahun. Antara bidang tugas yang beliau laksanakan termasuklah pembinaan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dan bahan pengajaran termasuklah bahan ICT bagi menyokong PdP BM di Singapura bagi  peringkat sekolah rendah dan menengah. Beliau turut menjalankan kursus berkaitan Sukatan Pelajaran dan Penilaian bagi para guru BM.
Pada tahun 2011, Cikgu Rahmat mula bertugas sebagai Guru Pakar di Pusat Bahasa Melayu Singapura. Antara bidang yang amat diminati beliau termasuklah aspek pedagogi, penilaian dan penggunaan ICT dalam PdP. Selain menjalankan program pembangunan profesional untuk guru, beliau turut berkolaborasi dengan guru membina bahan-bahan PdP bagi merangsang pembelajaran yang berkesan di bilik darjah.

E-mel: rahmat_subadah@schools.gov.sg 

Tel: 63546955

Encik Muhamad Rafi Abu Bakar


Rafi_2.jpg

Cikgu Muhd.Rafi mendapat Diploma Pendidikan pada tahun 1993. Beliau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) di NTU/NIE pada tahun 2003 dan peringkat Sarjana pada tahun 2010 daripada universiti yang sama. Beliau berpengalaman mengajar di sekolah rendah dan menengah. Cikgu Rafi pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan (PE/CCA, Bahasa Ibunda dan Disiplin) semasa mengajar di sekolah rendah dan menengah. Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Perancangan Kurikulum sebelum dipindahkan ke Pusat Bahasa Melayu Singapura. Cikgu Muhd.Rafi mempunyai pengalaman membina kurikulum dan membina bahan buku teks sekolah menengah sewaktu bertugas di Kementerian Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Guru Pakar pada tahun 2012. Bidang yang beliau terajui dalam pendidikan guru ialah penulisan, kajian pengajaran, literasi visual, teknik-teknik penyoalan dan pembinaan bahan app e-buku.   

E-mel: muhamad_rafi_abu_bakar@schools.gov.sg

Tel: 6354 6953

Encik Muslim Hanafiah

Muslim_2.jpg
Cikgu Muslim Hanafiah telah berkhidmat selama 25 tahun dalam bidang pendidikan.  Beliau berpengalaman bertugas sebagai Pegawai Perancang Kurikulum di Bahagian Perancangan dan Pembangunan Kurikulum sebanyak dua kali selama 5 tahun.  Beliau juga berpeluang mengajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah serta sebagai tutor di Institut Pendidikan Nasional (NIE).  Selain subjek Bahasa Melayu, beliau juga mengajar subjek Kesusasteraan Melayu dan telah banyak menganjurkan aktiviti bersama sekolah-sekolah kelompok dan kumpulan sokongan.  Aktiviti lawatan luar negara dijalankan setiap tahun dan melibatkan pelbagai sekolah, begitu juga dengan aktiviti teater blackbox  yang menjadi aktiviti utama dalam kelompok sekolah-sekolah Kesusasteraan Melayu.  Semasa bertugas di Kementerian Pendidikan, Cikgu Muslim terlibat dalam pembinaan kurikulum dan buku teks bagi sekolah rendah dan menengah serta telah menjalankan pelbagai kursus peningkatan guru.  Cikgu Muslim juga berpeluang memberikan khidmat sebagai pembina kemahiran bagi bakal Guru Kanan di peringkat kelompok dan zon. Cikgu Muslim bertugas sebagai Ketua Subjek selama 10 tahun sebelum dilantik sebagai Guru Kanan dan kemudian sebagai Guru Peneraju. Pada Januari 2014, beliau dilantik sebagai Guru Pakar.

E-mel: muslim_hanafiah@schools.gov.sg

Tel: 6354 6957

Encik Arshid Abdullah

Arshid_2.jpgCikgu Arshid Bin Abdullah memulakan kerjaya sebagai guru sejak tahun 1991. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (Kepujian Tinggi) dari Universiti Malaya pada tahun 1999. Pada tahun 2003, beliau memperoleh Ijazah Sarjana (Linguistik) dari Institut Pendidikan Nasional Singapura / Universiti Teknologi Nanyang. Cikgu Arshid pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani  (HOD/PE) di Sekolah Rendah Qifa dan Ketua Subjek Bahasa Melayu di Sekolah De La Salle. Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Pendidikan Teknologi (ETD) pada tahun 2003.  Pada tahun 2007 beliau mula bertugas di Sekolah Fairfield Methodist  (Rendah) dan mula berkhidmat sebagai Guru Kanan pada tahun 2010. Di samping itu, beliau juga bertugas sebagai Ketua Kelompok S2, Ketua Zon Selatan dan jurulatih sokongan di Pusat Bahasa Melayu Singapura. Beliau berkhidmat sebagai Guru Pakar di Pusat Bahasa Melayu Singapura.

E-mel: arshid_abdullah@schools.gov.sg

Tel: 6354 6956

Puan Siti Faridah


Siti_2.jpg

Cikgu Siti Faridah Omar telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 27 tahun. Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru selama 7 tahun di Sekolah Rendah West Lake dan North View. Kemudian, beliau bertugas di Sekolah Menengah Woodgrove selama 13 tahun. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Bahasa Ibunda selama 14 tahun. Beliau meraih ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu pada tahun 2000 daripada Universiti Malaya. Beliau juga telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Pendidikan (Bahasa Melayu) di NIE-NTU pada tahun 2013. Cikgu Siti Faridah pernah berkhidmat sebagai Ketua Kelompok bagi Zon Utara 5 dan Utara 7 sepanjang penglibatan beliau di peringkat sekolah. Beliau juga melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa bagi Pakej Jauhari (Menengah) dan kumpulan Sokongan bagi Program Dwimingguan Peringkat Nasional. Pada 2014, beliau mula bertugas sepenuh masa sebagai Jurulatih Pusat dan kemudian dilantik menjadi Guru Pakar pada 2017 di Pusat Bahasa Melayu Singapura. Antara bidang yang menjadi kecenderungan beliau ialah aspek pedagogi seperti Pengajaran secara Eksplisit dan Pengajaran Pembezaan manakala Kajian Pembelajaran merupakan suatu pendekatan baharu yang masih ingin diterokai dan didalami.

E-mel: siti_faridah_omar@schools.gov.sg 

Tel: 6354 6952

Puan Haryati Surana

Haryati_2.jpg
Cikgu Haryati Surana telah berkecimpung dalam kerjaya guru semenjak tahun 1993 setelah mendapat Diploma Pendidikan dari NIE-NTU. Selepas itu beliau
meningkatkan diri dan menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Melayu dari Universiti Malaya pada tahun 2006. Seterusnya beliau meraih Sarjana
Pendidikan Bahasa Melayu pada tahun 2013. Semasa berada di sekolah beliau pernah memegang jawatan Ketua Subjek Bahasa Melayu. Kemudian beliau dilantik menjadi Guru Kanan (Research, Pedagogy dan Assessment) pada tahun 2015. Tahun seterusnya, beliau dilantik sebagai Guru Peneraju Bahasa Melayu dan Guru Pakar pada tahun 2018.

Sepanjang kerjaya beliau, beliau telah membimbing guru dalam menjalankan beberapa teknik membaca untuk pelajar lemah. Beliau juga berkongsi strategi pengajaran kefahaman subjektif di sekolah-sekolah. Beliau meneraju guru-guru dalam penggunaan rutin berfikir dalam interaksi lisan dan karangan di sekolahnya. Selain itu, beliau juga telah meneraju guru-guru di sekolah dalam bidang penilaian formatif (TLC-FA dan DTLC-FA).

Cikgu Haryati amat berminat mencuba pelbagai strategi untuk meningkatkan prestasi pengajaran dalam Bahasa Melayu. Strategi-strategi ini pernah dikongsi dengan guru-guru Bahasa Melayu semasa di Seminar Bahasa dan persidangan di luar negeri.

E-mel: haryati_surana@schools.gov.sg

Tel: 63546954

Puan Elyani Mohamed

Elyani_2.jpg
Cikgu Elyani merupakan penerima ‘Anugerah Pengajaran MOE’ pada tahun 2000. Beliau menamatkan pengajian di Universiti Nasional Singapura (NUS) dan memperoleh Ijazah Sarjanah Muda dalam jurusan Sastera dan Sains Kemasyarakatan pada tahun 2003. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Nasional (NIE) dan mendapat diploma pendidikan possiswazah pada tahun 2004. Cikgu Elyani kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Pendidikan pada tahun 2009. Beliau bertugas di Sekolah Menengah Outram selama 13 setengah tahun. Beliau merupakan Mentor Pengajaran sejak tahun 2013. Pada tahun 2014, beliau dilantik sebagai Guru Kanan Bahasa Melayu. Beliau juga terlatih sebagai tenaga pengajar bagi pelajar yang mempunyai keperluan khas. Cikgu Elyani cenderung menggunakan pendekatan pengajaran pembezaan. Beliau juga mengetuai Unit Bahasa Melayu Sekolah Menengah Outram dalam Kajian Pengajaran mengenai penilaian formatif. Atas kepimpinan beliau Unit Bahasa Melayu menerima Anugerah Sumbangan Cemerlang. Cikgu Elyani kini bertugas sebagai Jurulatih Pusat, di Pusat Bahasa Melayu Singapura, Akademi Guru Singapura.

E-mel: elyani_mohamed@schools.gov.sg

Tel: 63540232

Encik Muhd Jailani Abu Talib

Jailani_2.jpg
Cikgu Muhammad Jailani mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 2012 dan pernah mengajar di Sekolah Menengah Teck Whye dan Sekolah Menengah Bukit View. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu (Kepujian Tinggi) daripada Universiti Malaya pada tahun 2011. Pada tahun 2017, beliau memperoleh Ijazah Sarjana dari Universiti Teknologi Nanyang. Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang Pengkaji di Universiti Teknologikal Nanyang, Pereka Grafik di Lembaga Perpustakaan Nasional (NLB), Penulis Jemputan di Berita Harian dan Editor di Syarikat Penerbitan PTS. Beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penulisan kreatif dan non-kreatif, yang mencakup hal-hal kesenian, kebudayaan dan kesusasteraan. Cikgu Jailani merupakan penerima Anugerah Pena Emas (2009), Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong (2016) dan Anugerah MAS (2016). Beliau menerbitkan buku, Susur Pendekar (2011) dan aktif selaku Guru Muda bagi Perguruan Silat Sendeng Sekilas. Selain itu, beliau juga menerima pentauliahan daripada Microsoft Academy sebagai Microsoft Innovative Educator (2017) dan Pelatih MIE (2017). Cikgu Jailani kini berkhidmat sebagai Jurulatih Pusat, di Pusat Bahasa Melayu Singapura, Akademi Guru Singapura.

E-mel: muhammad_jailani_abu_talib@schools.gov.sg

Tel: 63540235