Laman Utama > Khazanah Ilmu > Pusat Sumber > Ringkasan Buku
  

Ringkasan Buku

April 2019 - Ringkasan Buku

BUKU  1
Buku 1.jpgTajuk:  TEORI  SINTAKSIS  BAHASA  MELAYU

·       ISBN:               
 9789834906146 
·       Cetakan:          Pertama, 2018 
·       Penerbit:         Dewan Bahasa dan Pustaka 
·       Penyunting:    Rogayah A. Razak / Radiah Yusoff 
·       ACCN:              499.235 TEO 
·       Kategori:         Bahasa


Abstrak: 

Kemunculan buku ini tepat pada masanya kerana buku ini menampilkan dan memperlihatkan kepesatan perkembangan teori sintaksis Melayu.  Kewajaran teori terserlah apabila dapat menghuraikan data bahasa Melayu dengan lebih berpada dan mencapai tahap kepadaan penghuraian, iaitu tahap optimum penghuraian saintifik.  Buku ini memaparkan teori sintaksis bahasa Melayu dan sumbangan data bahasa Melayu kepada teori bahasa sarwajagat.             

Di samping itu, buku ini turut memaparkan terapan teori sintaksis kepada fenomena bahasa dalam kalangan penutur dialek, pesakit Afasia dan penggunaan korpus bahasa dalam talian.  Teori Strukturalis, Teori Peranan dan Rujukan, Hipotesis Pengguguran Tikas, dan Teori Generatif Minimalis. Keempat-empat teori ini walaupun mempunyai andaian teoritis yang berbeza, namun kerjaya menonjolkan kepenggunaan teori dalam menerangkan data sintaksis bahasa Melayu.  Buku ini juga memaparkan penulisan sarjana terkenal tempatan dan luar negera. 

Penerbitan buku sebegini pasti ditunggu-tunggu oleh pencinta bahasa dan linguistik.  Diharap buku ini dapat menyumbangkan kepada sumber ilmu pengajian bahasa Melayu dan perlu dimiliki oleh perpustakaan di setiap universiti di pelosok dunia yang mempunyai program pengajian bahasa Melayu atau Pengajian Asia Tenggara.



BUKU 2
Buku 2.jpgTajuk:   STILISTIK DALAM CEREKA

·       ISBN:               9789834907501 
·       Cetakan :        Pertama, 2017 
·       Penerbit:        Dewan Bahasa dan Pustaka 
·       Penulis:          Mohammad Fadzeli Jaafar 
·       ACCN:             401 MOH 
·       Kategori:        Bahasa


Abstrak:

Buku ini memerihalkan pengkaedahan dan tatacara analisis stilistik karya sastera yang merangkumi perbincangan bidang stilistik.  Pendekatan popular yang lazim diguna pakai
dalam bidang ini dan contoh analisis turut dibincangkan dengan terperinci.  Antara perkara yang penting diberikan penekanan termasuklah gaya bahasa, kata, frasa, ayat, dan bahasa kiasan.  

Buku ini memberikan sumbangan yang berguna dalam bidang pengajian stilistik.  Ilmu yang terkandung dalam buku ini dapat membantu pelajar institusi pengajian tinggi memahami konsep dan kaedah stilistik dengan lebih jelas dan mendalam berdasarkan contoh karya sastera Melayu sama ada karya popular atau karya serius.  Selain itu, pengkaji dan pensyarah boleh menggunakan buku ini sebagai rujukan dalam bidang stilistik.










BUKU 3

Buku 3.jpg
Tajuk:    PERANCANGAN   BAHASA :  IDEOLOGI  BAHASA  MELAYU

·          ISBN:                   9789834913465
·          Cetakan :            Pertama, 2017
·          Penerbit:            Dewan Bahasa dan Pustaka
·          Penyunting:       Nik Safiah Karim
·          ACCN:                 499.23 NIK 
·         Kategori:            Bahasa


Abstrak : 

Buku ini mengandungi 12 makalah yang memberi fokus kepada pelbagai aspek ideology dan pengisian bahasa Melayu dalam proses perancangan bahasa setelah sekian lama kegiatan 
tersebut dilaksanakan di negara kita.  Perbincangan merangkumi  aspek pembinaan dan pengembangan bahasa yang memperkatakan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia, termasuk aspek sikap bahasa dan peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.        

Turut dibincangkan juga secara menyeluruh ialah aspek-aspek meliputi bidang pendidikan, media, sastera, dan politik, serta pengalaman di Sabah dan Sarawak.  Persaingan dengan bahasa 
Inggeris amat ketara dan merupakan ancaman pada masa ini dalam merealisasikan kejayaan sepenuhnya.  Dua belas makalah yang termuat dalam buku ini secara tegas memperlihatkan 
aspek-aspek kejayaan perancangan bahasa dan, dengan tegas juga, mengandaikan bahawa perjuangan bahasa Melayu belum lagi selesai.








BUKU 4
Buku 4.jpgTajuk:   ANALISIS  SEMANTIK  KOGNITIF  KATA  SERAPAN    ARAB – MELAYU

·         ISBN:               9789834913229 
·         Cetakan :        Pertama, 2017 
·         Penerbit:         Dewan Bahasa & Pustaka 
·         Penulis:           Anida Sarudin / Nor Hashimah Jalaluddin 
·         ACCN:              492.75 ANI 
·         Kategori:         Bahasa


Abstrak: 

Buku ini membincangkan kaedah memahami peluasan makna leksikal kata serapan Arab-Melayu dalam korpus klasik dan moden melalui Pendekatan Semantik Kognitif.  Berdasarkan pengkonsepsian leksikal wakaf, alim dan alam, pemahaman  peluasan makna kata serapan kata Arab ke dalam bahasa Melayu secara filologi dideskripsikan secara tuntas dan berpada bagi menjawab persoalan yang berkaitan dengan aspek motivasi dan hubungan kognitif yang terlibat.  Buku ini bukan sahaja mendedahkan penyelidikan makna secara ilmiah dan mendalam,  bahkan menjadi bahan terpilih dari sudut perbincangan sinkronik dan diakronik.  Penghuraian yang kritis dan mesra pembaca menjadikan buku ini sesuai dijadikan buku pembacaan umum dan pengkajian ilmiah.  

Kandungan bab yang tersusun menjadi elemen konstruk yang menjadi kekuatan buku ini. Cerminan pengetahuan yang dipersembahkan dilihat dari sudut pengolahan bahasa dan gabung jalin teori yang terkini yang dihuraikan secara berprinsip dan bersistem.  Buku ini dapat menjadi rinis dalam usaha mendeskripsikan fenomena bahasa dalam perspektif kajian berimpak. 




BUKU 5

Buku 5.jpgTajuk :   KATA  PINJAMAN  TERPILIH  DALAM  BAHASA  MELAYU


  •       ·      ISBN :             9789834915438 
  •       ·      Cetakan :        Pertama, 2018 
  •       ·      Penerbit :        Dewan Bahasa & Pustaka 
  •       ·      Penulis :          S. Nathesan 
  •       ·      ACCN :            499.23 NAT 
  •       ·      Kategori :        Bahasa 
  •        
    •       
      •        Abstrak:

    •        Ilmu etimologi ialah subbidang linguistik yang mengkaji asal usul perkataan dalam bahasa.  Buku ini pula meneliti asal usul perkataan yang terpilih dalam 18 bidang tertentu dalam bahasa Melayu.  Antaranya termasuklah bidang adat istiadat, aeroangkasa botani, ekonomi, kesihatan, ketenteraan, makanan, media, minuman, pakaian, pelancongan, pendidikan, penerbitan, pengangkutan, sosiologi keluarga, sukan, tempat tinggal dan undang-undang.

    •        Bidang yang dipilih ini merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat hari ini, manakala kata-kata yang dipilih pula amat lumrah digunakan dalam media, termasuk akhbar, radio, dan televisyen. 
    •        
    •        Buku ini membekalkan maklumat tentang asal usul dan sejarah kemasukan perkataan dalam kosa kata Melayu.  Asal usul dan sejarah perkataan dalam bidng berkenaan wajar diketahui oleh masyarakat, khususnya generasi muda yang tidak arif tentang asal usul perkataan dalam bahasa Melayu.


        

        BUKU 6
Buku 6.jpg       Tajuk:  KOSA KATA DAN PERIBAHASA MELAYU SARAWAK

·         ISBN:               9789834916688 
·         Cetakan :        Pertama, 2017
·         Penerbit:        Dewan Bahasa & Pustaka 
·         Penyusun:      Wan Junaidi Tuanku Jaafar 
·         ACCN :            398.99 WAN 
·         Kategori:        Bahasa


Abstrak : 

Penyusun buku ini, Wan Junaidi merupakan penuntut asli bahasa Melayu di Sarawak.  Semua entri yang dimuatkan dalam buku ini dikumpulkan dalam jangka masa yang panjang.  Usaha gigih ini dapat membolehkan pembaca, peminat bahasa Melayu dan pelajar memahami makna kosa kata yang kian terpinggir akibat arus pembangunan moden yang dialami anggota masyarakat Melayu. 

Buku ini memberikan tumpuan kepada kosa kata dari peribahasa Melayu Sarawak yang bertunjangkan pemaparan maklumat bahasa Melayu yang terkumpul daripada berbagai
daerah – Saribas, Samarahan dan Kuching.  Kosa kata dan peribahasa Melayu yang terkumpul ini penting untuk memelihara khazanah linguistik  Melayu yang menjadi tunjang kepada pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat mendukung tamadun  Melayu di Nusantara ini.   Kosa kata, istilah serta ungkapan yang terkumpul  daripada bahasa sosiolinguistik, sosiobudaya, adat resam, eufemisme, disfemisme dan sebagainya  yang digunakan oleh orang Melayu dalam lingkungan masyarakat berkenaan untuk menyatakan isi hati, buah fikiran, amalan dan pantang larang.  Pengguna bahasa atau loghat Melayu dalam masyarakat yang dimaksudkan menjadi cerminan sifat berbahasa orang Melayu pada zaman lampau yang diwarisi generasi sekarang dan akan datang.


BUKU 7
Buku 7.jpgTajuk:   TEORI SISTEMIK-FUNGSIONAL DALAM STILISTIK

·         ISBN:               978-9-8346-0908-5 
·         Cetakan :        Kedua, 2015 
·         Penerbit:         Dewan Bahasa & Pustaka 
·         Penulis:           Mohammad Fadzeli Jaafar 
·         ACCN:              499.28 MOH 
·         Kategori:         Tatabahasa


Abstrak: 

Buku ini menerapkan kerangka nahu sistemik dan fungsian dalam teks sastera Melayu. Penerapan nahu sistemik-fungsian dalam buku ini tertumpu pada ayat kompleks, iaitu ayat hipotaksis dan parataksis.  Kerangka nahu ini dipilih kerana nahu fungsional adalah nahu yang natural, yang dapat menjelaskan bagaimana bahasa berfungsi.  Aplikasi nahu sistemik-fungsian ini dibincangkan dalam konteks stilistik. 

Buku ini secara komprehensif membincangkan struktur, makna dan gaya kompleks dalam teks sastera Melayu.  Lebih menarik lagi, buku ini turut membincangkan gaya perbualan dalam teks kreatif Bahasa Melayu. Aplikasi teori bahasa terhadap karya sastera akan dapat meningkatkan pemahaman pembaca, khususnya tentang bagaimana sesuatu ayat kompleks dan perbualan dianalisis secara stilistik.