Jejak Budaya

Program Jejak Budaya@MLCS merupakan program lawatan pembelajaran anjuran MLCS bagi para pelajar sekolah rendah dan menengah. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari bahasa dan budaya Melayu di luar bilik darjah dalam suasana yang menyeronokkan.

Berikut adalah tarikh-tarikh pelaksanaan Program jejak Budaya@MLCS 2019:

1. 25 Mac 2019
2. 26 Mac 2019
3. 27 Mac 2019
4. 17 Julai 2019
5. 18 Julai 2019
6. 21 Oktober 2019
7. 22 Oktober 2019
8. 24 Oktober 2019
9. 13 November 2019
10. 14 November 2019

Masa: 2:00 ptg hingga 5:30 ptg

Sayugia diingatkan:
1. Pemilihan sekolah adalah berdasarkan permohonan yang dahulu, akan didahulukan.
2. Jumlah pelajar bagi setiap sesi program antara 30-40 pelajar.
3. Peringkat pelajar bagi sekolah rendah: Darjah 4 hingga Darjah 6
4. Peringkat pelajar bagi sekolah menengah: Menengah 1 hingga Menengah 3.
5. Setiap kelompok pelajar harus diiringi oleh guru sekolah masing-masing berdasarkan nisbah jumlah pelajar dan guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Sila hubungi Cikgu Elyani Mohamed (elyani_mohamed@schools.gov.sg) sekiranya Cikgu berminat untuk membawa para pelajar Cikgu mengikuti Program Jejak Budaya ini.